Saturday, August 1, 2020

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT



Assalamualaikum semua..Salam Aidil Adha diucapkan buat semua pengunjung blog inahar, selamat bercuti dan hati-hati di jalanraya juga jangan lupa SOP sepanjang musim covid19 ni ye. Okay ni kita share choc brownies yang dibuat 2 minggu yang lepas. Resepi kita cnp dari blog Juicy Cafe ni mmg sgt popular suatu masa dulu dikalangan food blogger hinggalah sekarang ni dan laa ni ramai gakla yang adjust sikit resepi ni sana sini dan terus mengaku resepi ni resepi diorang. Alahai macam2 kann.. Apa2 pun resepi ni mmg super sedap, sangat chocolatey dan moist banget! Jom kita semak resepinye yok!

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
Resipi dari blog juicy cafe
Sumber - inahar's cooking time

400 gm coklat kompound - potong kasar (guna choc coin beryl's)
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing (sy bakar 40 min guna loyang 9x9 inci).
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka

4 comments:

  1. apa petua nak jadi betul-betul kedut ye? kak laili buat tak kedut-kedut hahahah

    ReplyDelete
  2. K.Laili..rasanye klu ikut resepi betui2 jadi jer kot kedutnye..hihi!

    ReplyDelete
  3. k.laili..lagi satu klu pukul telur ngan gula jgn sampai hancur gebu..cukup pukul sekadar sebati jer baru lah muncul kedut2 tu. insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....ok next time pukul dengan tenang sahaja 👍

      Delete