Monday, April 27, 2020

KARI TELUR SEMPOI

Assalamualaikum..arini kita nak berkongsi resepi kari telur yang mudah dan sedap. Sesuai  dibuat lauk tambahan musim ramadhan ni juga sgt sedap buat cicahan roti, lempeng , roti canai dsbnye. Jom kita zaass resepi sempoi ni..

RESEPI KARI TELUR MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan:- 

5-7 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis*
2 cm halia * (bahan * ditumbuk@kisar)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kari
1 sudu rempah kurma
2 cawan santan 
2 biji cili merah/hijau di potong separuh
1 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 asam keping
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara :- 

Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan kurma dan tumis lagi.
Kemudian masukkan santan. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan telor dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bawang besar, cili, gula dan garam. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehla dihidangkan.

2 comments:

  1. Kalau dah namanya kari, aromanya saja dah membuka selera, betul tak?

    ReplyDelete
  2. Amie..iye betui. tekak melayu ni mesti nk mkn rempah2 cam kari ni kan. hihi

    ReplyDelete