Assalamualaikum..arini kita nak berkongsi resepi kari telur yang mudah dan sedap. Sesuai dibuat lauk tambahan musim ramadhan ni juga sgt sedap buat cicahan roti, lempeng , roti canai dsbnye. Jom kita zaass resepi sempoi ni..
RESEPI KARI TELUR MUDAH
sumber - inahar's cooking time
Bahan:-
5-7 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis*
2 cm halia * (bahan * ditumbuk@kisar)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kari
1 sudu rempah kurma
2 cawan santan
2 biji cili merah/hijau di potong separuh
1 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 asam keping
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara :-
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan kurma dan tumis lagi.
Kemudian masukkan santan. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan telor dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan asam keping, bawang besar, cili, gula dan garam. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehla dihidangkan.
Monday, April 27, 2020
Saturday, April 25, 2020
THE BEST BROWNIES IN THE WORLD
Alhamdulillah berkesempatan membaking brownies istimewa sempena ulangtahun anakanda furqan yg ke 25 tahun hari isnin yang lalu. Buat Abg Bani..Thanx for being a good son & a good example to ur siblings. Ibu & ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan buat anakanda, dilimpahi rahmat olehNya juga menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dunia akhirat..Insyaallah. Aamiinn YRA. We love u so much sayang!
THE BEST CHOCOLATE BROWNIES IN THE WORLD
resipi asal - The Frugal Chef
sumber - Inahar's cooking time
Bahan A
4 biji telur
2 caw gula castor - sy tukar kepada 1 caw gula castor + 11/2 caw gula perang
1 caw mentega cair
2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
11/4 caw serbuk koko
1/2 caw tepung gandum
1 sudu teh garam halus
almond nibs/walnut
chocolate chips - sy tambah
Cara:
Gris loyang 10"x10" dgn minyak atau mentega kemudian tabur sedikit tepung.
Didalam mangkuk, pukul telur hingga kembang kemudian tambah gula dan pukul lagi hingga gula hancur.
Tambah esen vanilla dan mentega cair dan pukul sebentar saja.
Kemudian tambah tepung , serbuk koko dan garam halus dan putar lagi sekadar bercampur bahan.
Akhir sekali bolehla tambah almond/walnut juga chocolate chips secara kaup balik sahaja bagi rata.
Tuang ke dlm loyang dan bakar pd oven yg telah dipanaskan pada 180c selama 35-40 minit bergantung kepada oven memasing ye.
Tips - Jangan putar adunan brownies ni terlalu lama ye, sekadar bahan bercampur jer.
Friday, April 24, 2020
MEE BANDUNG MUAR MUDAH & SEDAP
Assalamualaikum...Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa diucapkan buat semua pengunjung blogku ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan & kesihatan yang baik kepada kita semua untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran. Insyaallah Aamiinn Yra...Ok lah ni menu mee bandung muor istimewa dimasak pada hari minggu yang lalu sempena musim pkp ini . Alhamdulillah..jom kita zaass resepi sgt sedap dari mat gebu ni. Macehh mat 💕
Resipi Mee Bandung Muar
Resipi asal - matgebu
Sumber - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN KUAH MI BANDUNG :-)
1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang holland*
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
200 gram daging lembu, hiris cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
Udang dan sotong secukupnya
1 biji tomato, dadu kecil
5 pokok baby kailan, cuci dan dikerat (kita guna sawi dan kobis)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kacang tanah tumbuk
4 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN2 LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, dicuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris (tak letak, sebab takde)
Hirisan daun sup
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH MI BANDUNG :-
Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sentiasa. Tambah sos tomato dan sos tiram, kacau dan tuang air rebusan daging dan tambah air secukupnya. Biarkan mendidih,
Masukkan tomato, daging dan kacang tanah tumbuk. Masak hingga tomato lembut. Perlahankan api, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan telur tidah bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur keras. Masukkan udang dan sotong, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap hingga kailan lembut dn udang masak. Tambah sedikit air panas jika kuahnya terlalu pekat. Rasa jika ok boleh matikan api.
UNTUK PENYEDIAAN MI BANDUNG :-
Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuangkan kuahnya (jangan lupa tarukkan sekali daging, udang dan telur). Hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, daun sup, tauhu goreng, bawang goreng dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

Thursday, April 16, 2020
CONGO BARS COVID19
Congo bars ni sempat dibaking hari minggu yang lalu setelah lama ovenku berhibernasi..hihi! This is absolutely a keeper recipe..sejenis blondie yg texture dalamnya chewy2 gitew dan manakala luarnya rangup..memang sedap sgt! Jom kita semak resipinye yok!
RESIPI CONGO BAR
resipi asal - KG
sumber - inahar's cooking time
Ingredients
250g butter, I use President salted, soft
1 3/4 cups light brown sugar
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
a pinch of salt
2 1/2 cups of self raising flour
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter
Almond flakes + chocolate chips (sy tambah dlm adunan juga utk tabur atas adunan sebelum dibakar)
Method
Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. Add eggs one by one. Mix and please do not cream the eggs. Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. Mix the choc buttons and spread in 12x12 tin. I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes (mine at 180c about 30 minutes)