Friday, April 24, 2020

MEE BANDUNG MUAR MUDAH & SEDAP

Assalamualaikum...Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa diucapkan buat semua pengunjung blogku ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan & kesihatan yang baik kepada kita semua untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran. Insyaallah Aamiinn Yra...Ok lah ni menu  mee bandung muor istimewa dimasak pada hari minggu yang lalu sempena musim pkp ini . Alhamdulillah..jom kita zaass resepi sgt sedap dari mat gebu ni. Macehh mat 💕

Resipi Mee Bandung Muar
Resipi asal - matgebu
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN KUAH MI BANDUNG :-)
1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang holland*
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
200 gram daging lembu, hiris cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
Udang dan sotong secukupnya
1 biji tomato, dadu kecil
5 pokok baby kailan, cuci dan dikerat (kita guna sawi dan kobis)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos tiram
3 camca besar kacang tanah tumbuk
4 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN2 LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, dicuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris (tak letak, sebab takde)
Hirisan daun sup
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1


CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK KUAH MI BANDUNG :- 
Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Kacau sentiasa. Tambah sos tomato dan sos tiram, kacau dan tuang air rebusan daging dan tambah air secukupnya. Biarkan mendidih,
Masukkan tomato, daging dan kacang tanah tumbuk. Masak hingga tomato lembut. Perlahankan api, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan telur tidah bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur keras. Masukkan udang dan sotong, kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap hingga kailan lembut dn udang masak. Tambah sedikit air panas jika kuahnya terlalu pekat. Rasa jika ok boleh matikan api. 


UNTUK PENYEDIAAN MI BANDUNG :- 

Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tuangkan kuahnya (jangan lupa tarukkan sekali daging, udang dan telur). Hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, daun sup, tauhu goreng, bawang goreng dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan.

2 comments:

  1. Waalaikumussalam kak. Sedap nampak mee bandung tu. Tak sangka akak aktif lagi ye kt blog. Saya nyaris2 tak dapat log in sbb ingat tak ingat password 😆. Semoga akak sihat dan dalam lindungan Allah SWT. Keje ok kak?

    ReplyDelete
  2. Ina..iye bolehla akak bila ada masa akak updet gak la kt blog ni haa. klu x sayang kan. Ina pekabo? Salam ramadhan wat ina sefamily ye

    ReplyDelete