Monday, June 8, 2015

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA

Assalamualaikum..ni menu hari minggu yg lalu. Ikan siakap masak tiga rasa ni rasanya menu ikan siakap yang paling popular kan. Memang sgt sedap lagi power rangers..hehe! Entry lama boleh lihat di sini ye. Resipi asal ikan dimasak secara kukus oleh chef tersohor Pn Norzailina Nordin dan kita cnp dari dapur Nor kt ganu nun (ikan dimasak secara goreng bukan kukus)..Mekaseh wat kedua2 nye..muuaahs! Jom kita zaas resipi..

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA (resipi asal secara kukus)
resipi -  Norzailina Nordin
sumber 1 - K.Nor@SecubitGaram
sumber 2 - inahar's cooking time
Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm (sy goreng dgn tepung berempah segera)

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah


Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis


Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.



2 comments: