Wednesday, November 12, 2014

NASI ARAB

Assalamualaikum..masih tidak jemu dgn hidangan nasi arab. Ni pun menu minggu lepas ye. Kali ini kita mencuba resipi dari kak hanieliza pula yang sememangnya diketahui umum resipi2 beliau yang agak mudah dan enak. Memang betul nasi arab yang terhasil ini memang sedap rasanya. Digandingkan pula dgn lauk ayam masak merah, kurma telur dan acar timun..perghhh mmg wallaa! Mekaseh Kak Liza juga Umi's cupcake kerana sudi berkongsi resipi yg marvellous ini. Jom zaas resipinye..

RESIPI NASI ARAB
resipi asal - Chef Hanieliza
sumber 1 - Umi's Cupcake
sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi (dibasuh dan ditoskan-saya rendamkan dulu 20 min sebelum ditos)
1.5 liter air (boleh guna air rebusan ayam/daging)
1 caw kacang peas
1 caw kismis
3 biji cili merah
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun ketumbar
3 sudumakan minyak masak
5 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan serbuk jintan putih) (bancuh dgn air)
3 sudu makan serbuk jintan manis)
1 caw bawang goreng
garam
serbuk perisa@kiub ayam- jika suka

bahan tumisan:
5 biji bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
3 inci halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Cara:
Panaskan minyak sapi & minyak masak. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
Masukkan serbuk jintah yg telah dicampur air. Kacau rata.
Masukkan beras, cilimerah , air & garam. Didihkan hingga kering.
Masukkan kan nasi dalam kukusan & taburkan daun sup, daun ketumbar juga kacang pis lalu dikukus selama 30 minit. (Pn doc tidak mengukus tapi hanya tanak nasi dalam rice cooker seperti biasa)
Bila nasi masak gemburkan. Taburkan dengan daun sup/ketumbar serta bawang goreng semasa menghidang bersama lauk2 kegemaran.


9 comments:

  1. Sedapnye,insyaalah nk try jgk lh kak..

    ReplyDelete
  2. salam kak, Nampak sedap nasi tu..

    ReplyDelete
  3. Zila..insyaallah sedap zila..nnti try la ye!

    ReplyDelete
  4. Liza..wasalam. Insyaallah sedap liza. boleh cuba nnti ye!

    ReplyDelete
  5. Uuuii, sedapnya. Saya memang peminat Nasi Arab.

    ReplyDelete
  6. lynn..boleh cuba resipi ni ye. try jangan tak try ye..hehe!

    ReplyDelete
  7. menyelerakan....i pun suka nasi2 cam ne..

    ni baru je pekena nasi bryani di JM bryani..

    ReplyDelete
  8. azian..akak pun selalu gi makan kt Jm briyani tu..lauk beriyani kambeng mmg sedap!

    ReplyDelete
  9. salam....nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete