Monday, April 8, 2013

TUNA CHEESE PRATHA ROLL


Assalamualaikum semua..arini kita masak sempoi jek wat lunch iaitu tuna cheese pratha roll..senang juga mengenyangkan..anak2 pun suker!!  jom layan resipi..

Resipi Tuna cheese pratha roll

Bahan:
4 keping pratha jenama kawan
inti tuna-resipi dibawah
cheese slice secukupnya
1 biji telur-utk sapuan atas pratha roll
1 camca besar mentega, dicairkan

resipi inti tuna :
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam kisar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan untuk inti tuna dan kacau rata dan ketepikan
  2. Keluarkan pratha dari freezer. ambil sekeping letak diatas pinggan. kemudian letakkan sekeping slice cheese diatas roti pratha tadi diikuti dengan inti tuna ditasnya.
  3. Gulung roti pratha tadi dengan kemas serta kemaskan juga kedua2 hujungnya. Ulang proses ini hingga siap kesemua keping roti pratha tadi. Susunkan di atas dulang pembakar yg telah disapu mentega. Buat garisan tidak putus diatas roll kemudian sapukan telur keatasnya.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Sedap dimakan semasa panas utk merasai lelehan cheesenya!!

21 comments:

  1. simple dan sedap! td nmpk juga roti paratha, tp x terbeli sbb konon2 nk diet. hihi

    ReplyDelete
  2. tun..mmg sedap sekali sekala mamam pratha apa salahnyakan..hehe!

    ReplyDelete
  3. tq inahar for sharing nie... tengah mancari idea nak masak nie.. izin kan I cp yer...

    ReplyDelete
  4. Salam doc..mesti cuba ni..sempoi n yummy

    ReplyDelete
  5. mori..welkam..try jangan tak try ye..hehe!

    ReplyDelete
  6. jassnani..mmg sedap & mudah dibuatkan!

    ReplyDelete
  7. nekcik..mmg mesti cuba kak..sebab sgt mudah & sedap!

    ReplyDelete
  8. Ni kesukaan akk juga ni. Td dah tgk kat insta...
    Tukar sadin pun boleh kot Dr?

    ReplyDelete
  9. Sedap nih..anytime je boleh ngap...breakie brunch ke lunch semua on kan....

    ReplyDelete
  10. zana..iye leh tukor ngan sardin pun sodaap gak! inti telur jer pun dh okay banget..hehe!

    ReplyDelete
  11. chah..semua waktu pun on..lelagi kalu pewut kata on..hahaha!!

    ReplyDelete
  12. wah senangnye..sedap plak ye..mesti di cuba gitu...

    ReplyDelete
  13. zila..senang sgt..cuba jgn x cuba ye!

    ReplyDelete
  14. Assalamualikum Kak..Gud idea..asyik2 roti paratha tu bakar cicah kari jeee..elok gak sesekali ubah selera macam ni...

    ReplyDelete
  15. simple n sedap.Jika ada tetamu datang mengejut boleh hidang prata roll ni :)

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. sue..betui tu kan! mkn cenggini pun x muak kan!

    ReplyDelete
  18. cikmanggis..pratha roll ni sekejapan jek watnye kak..mmg sempoi & sedap!

    ReplyDelete
  19. rohah..kalu x tahan cepat pi dapur..operasi pratha roll nih..hehe!

    ReplyDelete