Jom layan menu arini..ikan siakap goreng bersos daun limau purut..mmg sedaap! resipi amik dr dapur nor ganu !! nor pun dapat resipi ni dari buku masakan thai..mmg marveles sgt..anak2 seme suker!! thanx nor..kita cnp resipi kt umah nor yek!
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
2 ekor ikan bawal ~ (kita guna seekor ikan siakap )
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
ni lak sotong masak lada hitam (haha sotong lagikk!!)..resipi jugak dr umah nor & resipi asal dari kak hanieliza..thnx again to nor & kak liza!! mmg sedap! jom layan resipinye.
SOTONG MASAK LADA HITAM by K.Hanieliza
Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang (x letak sbb xde stok)
garam (sekiranya perlu)
Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah
Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.
tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin
#tip dr K.Nor :)
sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras
boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)
- panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.
- angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
- panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
- masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.
- kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.
salam inahar ..sesuatu yang baru utk diciplak..kena cube ni..
ReplyDeletesalam k.ina..sedapnya nampak ikan yg disiram ngan sos tue...atie copy yer...halalkn
ReplyDeletesalam kak ina...emm memang kena cuba ni...nampak pun cam sedap je...
ReplyDeletesotong lagik!
ReplyDeletehhaha
well
napak sedap kak
xpernah lagi msk sotong black paper ni
vlh try ni lenkali
salam kak!!! sedapnya ikan sos limau purut tu!!! minta sikit boleh!!
ReplyDeletedatinel..mmg a must try recipe nih!
ReplyDeleteazatie..mmg sedap..amikler mana resipi yg atie suker ye!
ima..mesti try tau!
hasni..fanatik sotong..wakaka!!
ain..wat sendiri lg sedap tau! hehe..
Wah...the fish looks so good! Everytime drop by here, mesti akan rasa lapar. Hehe.
ReplyDeletesalam doctor,
ReplyDeletenampak ikan tu buat air liur cm meleleh...jika sekor ..sekali ngap!!!ganas ni hihi
Salam
ReplyDeleteSungguh menggiurkan ikan siakap tu... perut yg kenyang terus jadi lapar :)
blushwax..kalu dapat cium baunyer pun meleleh airliur..hehe!!
ReplyDeletecikmanggis..lg ganas drp ikan tu..hehehe!!
nida..cuba ler nida wat..mesti puashati tau!