Monday, September 2, 2024

RENDANG DAGING SEDAP

 


Assalamualaikum.. Alhamdulillah ... Arini nak kongsi menu rendang daging yang dimasak beberapa minggu lepas sempena menyambut besday Kak Ayin juga meraikan beberapa berita gembira dari anak2. Rendang ni digandingkan dgn pulut kuning juga tambahan menu lain seperti nasi mentega, ayam masak merah juga acar nenas. Alhamdulillah..jom kita zaas resepi rendang daging ni ye..

Rendang Daging Sedap
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan: 
2 kg daging
4 paket serbuk santan - bancuh dgn air
8 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk
4-5 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya - manis ikut suka (boleh tambah gula melaka juga)
Minyak masak utk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 inci halia
10-15 biji cili padi
20 batang serai
3 inci kunyit hidup


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing.
Masukkan bahan kisar dan rempah yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak, masukkan daging. Kacau sehingga daging empuk.
Masukkan asam keping. Jika daging belum empuk, masukkan air sedikit demi sedikit. 
Selepas masukkan santan, dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris halus.
Masak sehingga kuah agak pekat/kering. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.

No comments:

Post a Comment