Tuesday, June 20, 2023

KEK KUKUS BUAH TERPALING SEDAP..


 Assalamualaikum..kembali bersiaran kita..hihi! Lama sgt berhibernasi sejak dari raya aidilfitri aritu jadi kita baru sekarang nak updet kejadian kek kukus buah yg dibuat beberapa minggu lepas..taraaa!! Pestaim guna resepi kek kukus oleh @matgebu yg suatu masa dulu kek ni pernah menjadi kontroversi sgt kan Mat..Rasanya geng2 blogger masakan semua mesti ingat akan kejadian lebih 10 tahun yg lalu kan? Macehh Mat berkongsi resepi kek ni ye! Serius sangat sedap dan moist kejadiannye. Jom kita zaas resepinya!

KEK KUKUS BUAH
Resepi asal - Mat Gebu
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

No comments:

Post a Comment