Tuesday, May 31, 2022
Spicy Korean Fried Chicken
Assalamualaikum..masih lagi dgn entry tertunggak iaitu makanan fave anak2 , Spicy Korean Fried Chicken. Tapi kali ni kita sempoi kan diri dgn menggoreng drummet ayam jenama Ramli jer..so dah shortcut banyak benda..hihi! Pastu tinggal siapkan bahan sos jer..mudah kije kita! Seperti biasa kita guna resepi kegemaran dari @qaseyhoney mmg mantop. Jom zaass resepinya yok!
SPICY KOREAN FRIED CHICKEN
Resepi asal - Qasey Honey
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar
(Nota - Kita guna Ramli hot & spicy chicken drummet jer kali ni 😅)
BAHAN2
20 ketul ayam bahagian kepak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
Garam secukupnya
air secukupnya
Minyak masak
CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
BAHAN SOS
4 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk cili (ganti 7-8 biji cili api tumbuk halus)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai (ganti kacang gajus tumbuk kasar)
minyak masak secukupnya
CARANYA
Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau
dan sedikit garing.
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata.
Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disanggai (kita ganti kacang gajus). Siap!
Sedap giler ni menu begini. Pernah buat beberapa kali waktu anak-anak semua berkumpul di rumah. Berebut!
ReplyDeleteIye amie..ni mmg fave anak2 kann
ReplyDelete