Sunday, October 17, 2021

EGG SAUSAGE CHEESY WRAP


Alhamdulillah breakfast yang mudah dan sedap banget iaitu egg sausage cheesy wrap. Jom kita zaas resepinya yok!

Resepi Egg Sausage Cheesy Wrap
sumber - inahar's cooking time

Bahan 
3 keping wrap
Parutan cheese (saya guna sliced cheese)

Bahan Scrambled Egg 
3-4 biji telur
2-3 batang sausage (potong nipis)
2 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega/marjerin
Sedikit serbuk ladaputih/hitam
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair kemudian gorengkan sausage sebentar dan tambahkan semua bahan lain. Kacau bancuhan telur tu sehingga masak soft2 gitew. Tutup api dan ketepikan. Ambil sekeping wrap, letakkan 2-3 sudu besar scrambled egg, taburkan parutan cheese (saya guna sliced cheese) atasnya kemudian lipatkan wrap ikut kreativiti memasing. Panaskan kuali nonstick dan bakar wrap yg telah dilipat tadi atas kuali sehingga agak garing. Siap boleh hidangkan bersama sos cili/sos tomato/mayonaise ikut suker. 

Saturday, October 16, 2021

NASI GORENG CINA


 Assalamualaikum.. menu sempoi nasi goreng cina jer. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok!

Nasi Goreng Cina
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan

Nasi putih
1 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - cincang halus
Seafood (udang, sotong)
Ayam - potong nipis
Sos tiram
Kicap cair masin
Sos ikan
Serbuk lada hitam @ lada putih
Minyak bijan (optional)
Mixed vege
Kacang panjang
Cili api - ketukkan jer
Telur
Minyak/marjerin utk menumis

Cara caranya

Panaskan kuali . Masukkan minyak , tumiskan bawang besar , bawang putih dan cili api hingga naik bau kemudian masukkan ayam. Setelah itu masukkan udang dan sotong. Masukkan sos tiram, kicap cair masin, sos ikan dan kacang panjang. Kacau rata, masukkan nasi putih dan serbuk lada hitam dan mixed vege. Kacau lagi dan akhir sekali boleh titiskan sedikit minyak bijan jika suker dan gaul sebati.
Di kuali yang berasingan, panaskan minyak dan dadarkan telur, kacau kacau dan campurkan ke dalam nasi tadi. Siap!

Thursday, October 14, 2021

SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE

Assalamualaikum.. aduhai baru nak updet menu weekend lepas..hihi! Spaghetti bolognese favourite anak2 semua. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI SPAGHETI MEATBALL BOLOGNESE
sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball - brand ramly (digoreng terlebih dahulu)
1 tin sos prego + 1/2 botol besar sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3-4biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!
parmesan cheese-tabur masa menghidang


Cara-cara

Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan meatball,tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos prego, sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.
 

Wednesday, October 13, 2021

NASI LEMAK & SAMBAL UDANG


 Alhamdulillah jom kita layan nasi lemak diganding dengan sambal udang dan ayam goreng jer. Mudah kije..hihi! Takyah resepi kot senang jer masaknya 😊πŸ₯°

Monday, October 11, 2021

CHEMPEDAK BUTTER CAKE


 Assalamualaikum..meh kita nak updet kek butter cempedak baked tak lama dulu..al maklum ler musim cempedak tgh mengganas masa tu kan apalagi projek baking onzz la. Resepi ni kita guna resepi kek butter biasa guna dan ditambah dgn cempedak..mmg marbeless sgt!! Masa bakar kek ni tak tahan betul bau harum kek ni semerbak satu rumah u waduhh! Jom kita zaas resepinye yok!

Cempedak Butter Cake
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan

250 gm mentega (guna pure butter)
250 gm tepung naik sendiri (selfraising flour)
180 gm gula castor (ganti gula perang)
4 biji telur gred A
2 sudubesar susu pekat manis
esen vanilla
secubit garam
250 gm isi cempedak - kisar jadikan puree
50 gm isi cempedak di hiris kecil

Cara

Pukul mentega bersama gula kastor hingga gebu. Tambahkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan susu pekat juga esen vanilla. Pukul lagi. Masukan puree cempedak dan kacau rata. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak bersama garam secara kaupbalik bagi sebati (hati2 jangan pukul lama). Akhir sekali masukkan hirisan isi cempedak tadi dan kacau rata. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180c selama 50-55 minit mengikut oven memasing ye.

Sunday, October 10, 2021

HOMEMADE ODEN


 Assalamualaikum..baru teringat nak post pasal homemade oden ni haa..kita buat few weeks ago tapi nak gak post utk rujukan kemudian hari kan. Senang bebeno guna pes segera adabi ni..mmg rasa ala2 familymart punya la. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye yok..


Resepi Kuah Oden Mudah
Sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:

3 paket perencah tomyam adabi
2 paket perencah asam pedas adabi
1 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 2 sudu besar


Cara-cara:

Masukkan semua perencah ke dalam air dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan semua bahan steamboat (fish tofu, seafood tofu, telur, udon dsbnye)
Siap! Makan panas-panas memang sedap

Saturday, October 9, 2021

MEE GORENG SEMPOI



Assalamualaikum.. Dah tak tau nak masak apa jadi arini kita layan mee goreng jer lah. Alhamdulillah kenyang kami anak beranak..hihi! Resepi sempoi main campak2 jer.. Jom kita zaass resepinye yok!

Mee Goreng
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan bahan:
2 pek mee kuning
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
3-4 sudu besar cili giling
4-5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Udang dan sotong
Isi ayam
Taugeh, kobis
Daun kucai
Limau kasturi
Lada hijau/merah
Daun sup/daun bawang - tabur
Bawang goreng


Cara cara:
Kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
Masukkan ayam, udang dan sotong.
Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan kacau rata. Masukkan taugeh, daun kucai dan sedikit garam (tak perlu garam jika dah cukup masin), kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api.
Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur lada hijau/merah hiris dan daun bawang/sup serta bawang goreng. Jika suka, perahkan limau kasturi. 

Thursday, October 7, 2021

DAGING MASAK HITAM SEDAP SANGAT!

Menu sempoi.. Nasi himpit kita gandingkan dgn menu daging masak hitam. Pertamakali try resepi ni oleh @buatoranglapo aduhai memang marbeles sangat. Sesuai sgt dimakan dgn nasi minyak ke, nasi tomato ke, nasi putih pun sodap. Kalu dapat dicicah dgn lemang atau pulut kuning ke pun.. lagi power! Kita sempat masak ketupat nasi segera jer ..alhamdulillah enak banget. Jom kita zaas resepinye yok!

Daging Masak Hitam
Resepi asal - @buatoranglapo
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
1 Biji Bawang Holland (saya guna 2 biji bawang besar)
4 Ulas Bawang Putih
3 Batang Serai
1 Inci Halia
7-10 Tangkai Cili Kering (Direbus) - (saya guna cili giling)
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Jintan Manis
Daun kari (saya tambah)
24 gm Serbuk Kari (1 paket)
24 gm Rempah Kurma (1 paket)
500 gm Daging Lembu
Air
3 Sudu Besar Kicap Masin
6 Sudu Besar Kicap Manis (boleh tambah ikut suka)
2 Sudu Besar Kerisik
Garam (jika perlu- saya tak letak sbb masin manis secukup rasa dah)

Cara
Kisar bawang , bawang putih, serai, halia dan cili kering.
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan jintan manis. Masak lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan serbuk kari dan rempah kurma.
Masukkan daging lembu dan air (boleh tambah beberapa kali) masak sehingga daging lembut.
Masukkan pula kicap masin dan kicap manis (boleh ditambah ikut suka).
Akhir sekali, masukkan kerisik dan sedikit garam (jika perlu), kacau hingga sebati dan siap!

Tips:
Boleh tambah minyak ketika menumis bahan kisar dan rempah kalau kering sangat.
Pastikan daging betul-betul lembut dahulu sebelum masukkan kicap dan garam untuk mengelakkan daging menjadi liat.


Wednesday, October 6, 2021

Ikan Siakap Masak Kengsom

 

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu kengkawan semua. Alhamdulillah menu tengahari kita ni ialah lauk ikan siakap masak kengsom aka asam rebus ala thai. Memang enak banget cukup masin masam manisnya. Resepi pun mudah jer. Jom kita zaass resepinye yok!

IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
Potongan nenas secukupnya
2 batang serai – ketuk
Kangkung (tak letak)
Daun kesom (tak letak)
Air asam jawa
1 biji limau nipis
Garam
Gula

.
Bahan kisar:
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas
3-4 potongan nenas


Cara cara:
Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan. Tambah air asam jawa secukupnya.
Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan kangkung, masak sebentar dan tutup api
Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, October 5, 2021

Lempeng & Sambal Ikan Bilis


Assalamualaikum..petang ni kita menjamu lempeng bodo jer cicah sambal bilis lebihan masak semalam. Kitorang memang suka lempeng yg digoreng garing2.. Adoiii berkeping2 menambah..hihi! Alhamdulillah mehh jom layanπŸ˜‹πŸ˜‹ Resepi sempoi jer hanya bancuh tepung, air dan garam sahaja kepekatan bagi cair sikit pastu goreng garing atas kuali. Senang sangat! Hihi..

Monday, October 4, 2021

BUBUR KACANG DURIAN



Jom layan bubur kacang durian pulak ye..alhamdulillah!

RESIPI BUBUR KACANG DURIAN

sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

bahan-bahan:

2 cawan kacang hijau (direbus empuk dulu)
beberapa ulas durian
3 cawan santan pekat
seketul gula melaka
beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai)
air secukupnya
2 helai daun pandan
Sedikit garam

cara-cara:

Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih .(boleh dimasukkan isi durian sahaja ataupun ulas durian beserta bijinya pun boleh.) Siap untuk di hidang.

Saturday, October 2, 2021

AYAM GORENG MAMAK

 

Alhamdulillah menu tengahari, kita masak ayam goreng style mamak la pulak. Memang sedap dan rangup ikut resepi kak @aziekitchen ni. Mekaseh Kak Azie banyak berkongsi resepi2 yg marbeles diblog beliau! Jom kita semak resepi nye yok..

Ayam Goreng Mamak
Resepi asal - @aziekitchen
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 sudu besar serbuk kari ayam
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk cili
3 pelepah daun kari
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada sulah
Garam

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili kisar


Cara cara:

Perap ayam dengan semua bahan di atas sehingga berpalut selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Nota: jika guna ayam besar, boleh cucuk bahagian isi tebal dengan menggunakan garfu supaya ayam masak sekata. 
Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana sehingga masak.

Nota: 
Jangan digoreng terlalu banyak sekali gus kerana minyak akan turun suhunya. Selepas dikeluarkan ayam, panaskan minyak dulu sebelum dimasukkan ayam seterusnya.

Ikan Siakap Masak Asam Jawa


 Alhamdulillah menu tengahari ni kita goreng ikan siakap bersos asam jawa. Dah lama tak masak asam jawa ni. Asik2 siakap masak tiga rasa jer kan so arini kita tukar perisa jadi sos asam jawa pulak ye. Mudah dan enak banget! Jom kita zaas resepinye yok!


IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA
Sumber: inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan:-
1 ekor Ikan Siakap
1-2 labu Bawang Besar**
4 ulas Bawang Putih**
Lada merah/hijau**
1/2 inci halia**
7-10 biji Cili Padi**
Sos tiram
Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, ikut suka)
Sos ikan
Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan)
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:-
Bahan bertanda** dicincang kasar.
Ikan disalut dgn serbuk kunyit, garam dan tepung jagung, digoreng garing....angkat dan ketepikan.
Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau.
Masukkan air asam jawa, sos tiram, gula, sos ikan dan garam secukupnya.
Bila dah didih dan kuah agak pekat bolehlah tutup api.
Tuang sos atas ikan tadi. Sedia dihidang.