Sunday, September 26, 2021
KEK MARBLE LEMBUT
Jom kita zaas resepi kek marble yg lembut ni yok!
Kek Marble Lembut
Sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar
Bahan-bahan:
250g butter
200gram gula kastor
5 biji telur gred B
220 gram tepung naik sendiri
1/4 caw susu segar @ cair
1 sudubesar ovallette
1 suduteh esen vanilla
1 suduteh rose emulco
1 sudubesar chocolate emulco
Cara
Pukul butter dan gula selama 10-12 minit. Tambah ovallete, putar lagi hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. Masukkan esen vanilla, tepung naik sendiri yang telah diayak. Kaup balik je dan selang selikan dengan susu segar. Gaulkan sebati dan rata sahaja.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian, adunan pertama tambah rose emulco dan kedua tambah choc emulco.Sapu butter/minyak pada loyang dan lapik kertas minyak.
Ambil satu senduk adunan rose dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan, biar je kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi. Jangan ratakan juga, ulang hingga habis.
Panaskan oven suhu 180′ C dan bakar selama 45-50 minit bergantung dgn oven memasing.
Siap.
No comments:
Post a Comment