Thursday, December 31, 2020

SPAGHETTI AGLIO OLIO AYAM


 


Assalamualaikum.. Berpasta kami arini uolss..Alhamdulillah ❤. Mudah dan lazat..hihi! Jom zaass resepinye yok!

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO AYAM
sumber - inahar's cooking time

BAHAN2:

500 gm spaghetti yg telah dicelur
2-3 sudu besar minyak zaitun/minyak biasa
1 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
1 mangkuk isi ayam cincang kecil
1 tin Button mushroom (hiris nipis)
2 biji tomato - potong dadu
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)-x letak pun sbb xde stok
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi -ikut suka
garam secukup rasa
kiub ayam
sedikit parmesan cheese- sbg garnishing
Chili flakes (jika suka)


Cara :

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk ayam cincang Setelah ayam masak masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, serbuk lada hitam,cili padi, oregano , tomato, daun parsley dan perisa kiub ayam.Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah sedikit air juga minyak lagi.

taburkan sedikit parmesan cheese powder juga chili flakes jika suka diatas spagheti semasa menghidang! wallaaa!!

Tuesday, December 29, 2020

NASI MENTEGA KISMIS

 

Alhamdulillah arini kita up entry tertunggak ye..minggu lepas kita masak nasi mentega kismis dimakan bersama ayam panggang mexico ayamas beli readymade punyer..haa aci tak? Aci tak? Hihii. Pastu kita tambah homemade salsa tomato bagi lagi lengkap hidangan tu. Mudah jer kan.. Jom kita layan resepi nasi mentega dan salsa yok!

RESIPI NASI MENTEGA KISMIS
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA 🙂
4 cawan beras basmathi- cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu
1 kiub ayam
2-3 camca besar mentega
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Kismis


BAHAN TUMIS 🙂
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia
1 helai daun pandan, disimpul
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA 🙂

Dalam periuk nasi, panaskan sedikit minyak dan masukkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Tuang air , susu dan masukkan kiub ayam, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan alihkan serta tanak nasi seperti biasa di dalam rice cooker. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.

Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran.

Resepi Salsa tomato

Bahan-bahan
4 biji tomato muda - potong dadu
1 batang timun jepun - potong dadu
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji cili merah/hijau- cincang halus
2 pokok daun ketumbar- cincang halus
Jus lemon
1 sudu kecil lada hitam kisar
Garam , gula secukup rasa

Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk.
2. Tuangkan jus lemon dan gaulkan rata.
3. Masukkan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
4. Hidangkan bersama nasi.

Monday, December 28, 2020

KEK MILO & MILO GANACHE



Assalamualaikum..taraaa!! Another cake successfully baked!  Vitamin R sedang melanda tetiberr 😅. Lagi satu resepi oleh @danish.harraz yang sangat recommended! Ianya sgt moist, kurang manis, mudah dan fail proof! Mrhubby yg tak suker kek coklat pun tetiber suker sgt dgn kek milo ni..katanya taste pure milo..mmg heaven! Thanx again danish for sharing many awesome and incredible recipes ..this is definitely a must-try! Jom kita zaas resepinye yok!


𝗞𝗘𝗞 𝗠𝗜𝗟𝗢 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗦 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗟𝗢 𝗚𝗔𝗡𝗔𝗖𝗛𝗘
Resepi asal - @danish.harraz
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA:-
1 cawan Milo
1 cawan Tepung Gandum
1 suduteh Baking Powder
1 suduteh Baking Soda
¾ cawan Gula Perang/Brown Sugar (Danish buat manis secukupnya sahaja. Sukat gula jangan dipadatkan.
¾ cawan Susu Segar @ Susu Cair
2 biji Telur gred B
¼ cawan Vegetable Oil (Danish buat guna Vege Oil. Boleh guna Butter yg dicairkan jika mahu dgn sukatan yg sama [selepas dicairkan]
1 suduteh Vanilla
¼ suduteh Garam Halus


Adun semua bahan kering dan basah guna whisker saja. Kacau sebati. Dont overmix!
.
𝗠𝗜𝗟𝗢 𝗚𝗔𝗡𝗔𝗖𝗛𝗘 :-
1 cawan Milo
1 cawan Whip Cream @ Fresh Milk @ Evaporated Milk (ikut budget)
2 sudubesar Gula Putih (boleh lebihkan jika suka manis)
1 suduteh Corn Starch
1 sudubesar Butter
Secubit Garam Halus

NOTA:-
Untuk sukatan diatas Danish guna loaf pan size 9x5. Jika guna pan besar Kek jadi rendah. Jangan lupa tutup pan dengan foil sebelum dimasukkan dalam steamer untuk mengelak wap dari jatuh keatas Kek. Kukus selama 50-55 minit dengan api sederhana. Cucuk dengan toothpick, jika tiada cecair melekat tandanya Kek sudah masak.
.
Guna oven: bakar dalam preheated oven selama 30-40 minit pada suhu 160°C (Ikut suhu oven masing²) tapi maybe akan ada sikit perbezaan. (Saya bakar at 160c for 40 min)
.
Lebihkan 1 suduteh Cornstarch jika mahu Ganache yg lebih pekat. Masak Ganache dgn api perlahan dan whisk berterusan supaya ianya tak berketul. Ganache sudah pekat, tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter larut. Sejukkan sebelum dituang keatas cake.

Saturday, December 26, 2020

KAMBING MASAK BERIYANI


 Assalamualaikum..baru nak updet menu beberapa hari lepas..hihi. Lama tak masak daging kambing jadi semalam kita merajinkan diri masak lauk beriyani kambing. Memang fav mrhubby juga anak2. Alhamdulillah. Jom kita zaas resepinye yok!


RESIPI KAMBING MASAK BERIYANI
sumber - inahar's cooking time

Bahan2
500 gm daging kambing dipotong dadu 2"- diperap tepung dan limau nipis selama 20 minit kemudian dicuci dan toskan
1 biji tomato- dicincang kasar
3 biji kentang- potong 4
2 batang lada merah/hijau- belah dua
3-4 sudubesar rempah beriyani
1/2 cawan susu cair atau yogurt
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu besar tomato sos/puri
air secukupnya
1 sudubesar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa


Bahan tumis:
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm halia
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 sudubesar serbuk badam
setangkai daun ketumbar
sedikit kismis- jika suka


Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan tumis, goreng hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan rempah beriani.Tumis hingga terbit minyak kemudian masukkan kambing. Rebus hingga kambing empuk.
3. Masukkan kentang, lada hijau, daun ketumbar, sos tomato, tomato cincang dan air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula. Kacau rata dan didihkan sebentar. Siap baoleh dihidangkan bersama nasi panas @ dimasak kembali semasa penyediaan nasi beriyani.

Friday, December 25, 2020

KEK PISANG COKLAT CIP LEMBAP


 Assalamualaikum..membaking lagi kita wak..hihi! Jangan marahh ye.. kek pisang ni tersangatla moist dan gebus nye uolss. Resepi sedap dan mudah sangat..jom kita zaass resepinye yok!


Kek Pisang Lembap
Sumber - inahar's cooking time

Bahan A (dikisar)
3 biji telur gred A
1 caw minyak jagung @ masak
1 cawan gula perang
5 biji pisang berangan
2 suduteh susu pekat manis
Esen vanilla
1/2 suduteh garam


Bahan B
2 cawan tepung serbaguna
1 suduteh baking powder
1 suduteh soda bicarbonat
Coklat cip secukupnya (optional)
Biji kuaci @ kekacang (optional)

Cara
Satukan bahan A dalam bekas besar
Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bicarbonat.
Satukan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati.
Masukkan dalam loyang 8x8 inci yg telah di sapu minyak dan di alas kertas baking. Taburkan coklat cip, kekacang @ biji kuaci kt atas adunan sebelum dibakar.
Akhirnya bakar dalam oven yg dipanaskan pada 180c selama 50 minit hingga sejam ikut oven memasing ye.

Wednesday, December 23, 2020

LEMON BLUEBERRY BUTTER CAKE


Assalamualaikum.. yezza inilah lagi satu kejadian kek lemon blueberi yg dibuat minggu lepas juga. Memang sgt sedap, soft dan moist banget.. Marbeles..Alhamdulillah. jom kita zaas resepi yok!

Resepi Kek Mentega Lemon Blueberi
Sumber - inahar's cooking time

Bahan kek
250 gm mentega 
250 gm tepung all.purpose
200 gm gula castor - kita guna 1 cup brown sugar
4 biji telur gred A 
11/4 suduteh baking powder
1 bekas yogurt perisa asli (140ml)
Parutan kulit lemon (2 biji)
Jus perahan lemon (1 biji)
Fresh blueberi secukupnya
esen vanilla 
secubit garam 


Cara 
Pukul mentega bersama gula kastor hingga gebu. Tambahkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan yogurt, parutan lemon, jus lemon juga esen vanilla. Pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder dan garam juga buah blueberi secara kaupbalik bagi sebati jer (hati2 jangan pukul lama nanti kek yang terhasil akan keras juga kering tekturnye). Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180c selama 45-55 minit mengikut oven memasing ye.

Tuesday, December 22, 2020

EGGLESS LEMON CAKE WITH LEMON GLAZE


 Assalamualaikum kembali kita bersiaran.. Alhamdulillah! Beginilah kejadian kek lemon yang kubuat minggu lepas. Resepi asal eggless lemon loaf oleh @danish.harraz ni memang sangat sedap..moist, soft dan gebu walaupun tanpa penggunaan telur. Lemon glaze tu menambahkan lagi rasa lemony kek tu..memang terbaek! Takperlukan mixer..hanya adun dalam satu bekas guna senduk kayu atau whisk saja..sgt mudah! Alhamdulillah..mekaseh Danish berkongsi resepi yang marbeles ni. Izinkan Aunty cnp resepinya di sini ye.

𝗘𝗚𝗚𝗟𝗘𝗦𝗦 𝗟𝗘𝗠𝗢𝗡 𝗟𝗢𝗔𝗙 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗟𝗘𝗠𝗢𝗡 𝗚𝗟𝗔𝗭𝗘
Resepi asal - @danish.harraz
Sumber - inahar's cooking time

125 grams Unsalted Butter, dilembutkan
1 cawan Gula Kastor
1 sudu teh Vanilla
Parutan Lemon Zest dari 1 biji Lemon
Perahan Jus dari 1 biji Lemon
¼ sudu teh Garam Halus (skip jika guna Salted Butter)
1 ¾ cawan Tepung Gandum
1 ½ sudu teh Baking Powder
½ sudu teh Baking Soda
¾ cawan Susu Penuh Krim

Cara-
Pukul butter dan gula hingga gebu creamy, kemudian tambah esen vanilla, jus lemon dan lemon zest. Kacau rata. Kemudian tambah bahan kering yg sudah diayak berselang dgn susu. Kacau bg rata. Jangan overmix nanti hasilnya akn jd keras. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pd suhu 170c selama 45-50 min guna Loaf Pan saiz 8.5 inci x 4.5 atau loyang yg sesuai (sy guna acuan bulat 9 inci so hasil keknya agak rendah, bakar 35 minit dah siap masak)

LEMON GLAZE:-
(Saya buat half saja)

1 cawan Gula Icing, diayak
2 sudu besar Susu Penuh Krim/Segar
¼ caw Perahan Jus Lemon
Sedikit Lemon Zest


Bancuh semua bahan glaze, biarkan sekejap. Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum dituang glaze (tuang amaun ikut suka). Biar glaze diserap dan sedikit beku sebelum kek dipotong.

TIPS DAN DETAILS:-
Ikut semua dengan tepat untuk dapat hasil yg sama. Apa Danish share mengikut bahan, sukatan dan cara Danish buat. Jika mahu ubah itu terpulang pada diri sendiri.