Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan Perapan Ayam:
10 ketul chicken wing
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup.
Bahan-bahan sos :
Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!
Sos gochujang tu memang lain sikit bau dia. Yang tak biasa makan mungkin kena ambil masa untuk menyukainya heheee... cuba sikit-sikit dulu.
ReplyDeleteamie..betui tu amie..tu yg cikhubby tak gemor tu..hihi
ReplyDeletelepas ni kuranglah sorang customer kyochon heheheh
ReplyDeletek.laili..hahaa xder maknanye. Anak2 mmg fave kyochon tu. Hihi
ReplyDelete