Tuesday, March 20, 2018

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS

Assalamualaikum semua! Kali ni Pn Doc nak share resipi pasta yang paling mudah dan sedap serta mendapat sambutan ramai di rumah kita..hihi! Ini lah dia spagheti sardin goreng pedas..nyum..nyum nyum! Kalau takder stok sardin bolehla diganti kan dengan tuna tin tu..dua-dua pun sodapp! Jom kita zaass resipi yang sempoi nih yok!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar atau mixed vege)
1-2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
7-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


Thursday, March 8, 2018

AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA



Assalamualaikum semua..taraa!! Bersiaran kembali kita dgn masakan istimewa ayam goreng pedas ala korea! Kalu korang nak tau..kali ni menu yang terhidang ni adalah hasil airtangan oleh mrhubby tercinta.
Katanya main campak2 jer tapi kita berjaya gak merisik resipi dari mrhubby walaupun dia ingat2 lupa bahannye..hihii! Rasanye kalu korang nak yang mmg betui2 pedas meletop cam kt restoran korea tu kena la beli sos pedas korea kt supermarket jusco or jaya grocer tu kan. Mrhubby hanya guna bahan2 yang ada di dapur jer. Macehhh sayang masakkan utk anak2 time ibu berkerja.Love uu so much!! Muuaahhh! 


Ayam goreng pedas ala korea
Sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan Perapan Ayam:

10 ketul chicken wing
Sedikit halia ditumbuk
Lada Hitam
Lada Sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung

CARA-CARA MENYEDIAKAN  

Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam, lada sulah dan garam. Salutkan ayam dengan tepung jagung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata. Lakukan gorengan ayam ni sebanyak 2 x supaya lagi rangup.
Bahan-bahan sos :

Sedikit bawang putih dan halia - ditumbuk halus
2-3sudubesar cili giling (ikut kepedasan digemari)
1 sudubesar sos tiram
Madu
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit cuka atau jus lemon
Kacang gajus disangai dulu dan di tumbuk kasar. (Untuk gantikan bijan- mrhubby tak suka bijan)
Minyak utk menumis

CARA-CARA MENYEDIAKAN

Tumiskan bawang putih dan halia dulu kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan sos tiram, madu, cuka, gula dan garam. Masak sampai pekat sedikit (likat). Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata salutan sira pd ayam. Tutup api dan masukkan biji gajus tadi dan kacau rata pada ayam. Taraaa siap!


Friday, March 2, 2018

SOTONG GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum..menu weekend aritu. Sotong goreng berempah..mudah dan sedap! Selalu masak nih kalau tak asik2 sambal sotong jer kan? Hihi.. Jom kita zaass resepi yok!

SOTONG GORENG BEREMPAH 
resipi - dayangjack 
sumber - inahar's cooking time 

Bahan-bahan : 
300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan) 
1 tangkai daun kari 
1 sb serbuk kari 
1 sb serbuk cili / cili kisar 
1 sk serbuk ketumbar 
1/2 sk serbuk lada hitam 
1 labu bawang besar (dimayang) 
2 biji bawang merah (dihiris) 
1 ulas bawang putih (dicincang) 
1 cm halia (dicincang)
4 sb santan pekat / susu cair 
garam dan gula secukup rasa 
1 sb sos tomato 
1 biji hirisan cili merah 
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)