Assalamualaikum..arini kita nak kongsi lagi satu entry tertunggak ye. Oreo cheesecake cupcake yang dibuat 2 minggu lepas..huhu! Menu favourite anak2 juga amat mudah menyediakannye dibandingkan dengan membuat cheesecake biasa tu. Nak makan pun senang cupcake ni tinggal ngap masuk mulut jer haa..hihi! Resepi dah selalu kita kongsi sebelum ni di sini dan sini tapi jom kita semak lagi sekali yok!
Oreo Cheesecake Cupcake
resipi: resipi citarasawan
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahan
2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang krimnya-nak guna krimnye pn boleh)
250gm cream cheese - suhu bilik
30gm mentega
100gm gula kaster
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk oreo
1 sudubesar tepung (kita tambah)
Hiasan : Serbuk oreo secukupnya (kita guna kepingan oreo jek)
Cara-cara :
1.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan tart dan cawan kertas,
masukkan sekeping biskut oreo di tengahnya sebagai base (dasar).
Ketepikan dahulu.
2. Putar cream cheese, mentega, gula
dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar
hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga
sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo.
4.
Taburkan di atasnya dengan serbuk oreo dan bakar selama 20-25 minit.
Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.
Thursday, November 30, 2017
Monday, November 27, 2017
MEE REBUS JOHOR
Mee Rebus Johor
Resipi Hj Wahid
Sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Thursday, November 16, 2017
KUIH SERIMUKA PANDAN
Assalamualaikum..taraaaa!! Inilah dia kuih kesukaan kita..serimuka pandan yang sangat evergreen! Resepi dari dapur Surianti ni memang tak mengecewakan..tersangatla sedap! Just nice kemanisannye! My mom bagi 2 thumbs up utk kuih ni tau..hihii! Memang wajib cuba ye kawan2! Mekaseh Sue berkongsi resipi yang ohsem ni..izinkan akak cnp resepinye ye! Sebelum ni pernah beberapa kali entry kuih serimuka dengan resipi yang berbeza..boleh lihat di sini dan sini ye!
Seri Muka Pandan (loyang 8in x 8in)
Resipi asal : Surianti Ramli
Sumber : inahar's cooking time
Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.
Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan(sy guna 10 helai) bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. (Saya tak masak tp terus tuang adunan atas pulut dan kukus )
Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api. *penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.
Seri Muka Pandan (loyang 8in x 8in)
Resipi asal : Surianti Ramli
Sumber : inahar's cooking time
Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam -panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.
Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan(sy guna 10 helai) bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau -satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin. (Saya tak masak tp terus tuang adunan atas pulut dan kukus )
Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api. *penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.
Tuesday, November 14, 2017
AYAM MASAK OPOR HIJAU
Assalamualaikum semua..pekabo uolss? Moga semua pengunjung blog inahar ni di beri kesihatan yang baik dan ceria berpanjangan ye..aamiinn! Okay menu ayam masak opor hijau ni adalah entry tertunda..dah berminggu lama Pn Doc masak tapi baru sempat nak updet resipi arini..hihii! Resipi asal oleh Chef kesayangan ramai Chef Wan dan kita cnp dari blog Iza Akma. Mekaseh Chef dan Iza berkongsi resipi masakan yang marbeless sangat ni. Resipi asal adalah menggunakan daging tapi kita tukar daging kepada ayam. Memang sodapp bangett! Jom semak resipi yok!
DAGING OPOR HIJAU (SY GANTI AYAM)
resepi asal : Chef Wan
Sumber 1 : IzaAkma SSK
Sumber 2 : inahar's cooking time
BAHAN A :
1/2 ekor ayam - potong sederhana kecil
500 ml Santan
125 gm Terung Pipit (tak letak)
3 tangkai Daun Selasih
1 biji Capsicum , buang biji & hiris (cili merah)
125 ml Minyak
Gula Melaka secukup rasa
Jus Limau Nipis (jus drp 1 biji)
Garam / Sos Nampla (anggaran 2sdm sos nampla)
BAHAN B (Pes Rempah Hijau) :
100 gm Cili Hijau (6 biji cili hijau + 10 biji cili padi hijau)
10 ulas Bawang Merah (1 labu bawang merah besar + 5 ulas bawang merah)
4 Akar Ketumbar
4 tangkai Daun Ketumbar (ambil daun + batang)
1 inci Halia
2 batang Serai
2 helai Daun Limau Purut
1 sdt Belacan
2 sdm Biji Ketumbar , disangai dahulu
2 sdm Biji Jintan Manis , disangai dahulu
1 sdm Biji Lada Putih
1 cwn air
BAHAN C (Hiasan) :
Cili Padi Merah / HijauDaun Selasih
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Satukan semua bahan B ke dalam pengisar & kisar halus
❀ Panaskan minyak dalam kuali
❀ Tumis pes rempah hijau hingga wangi
❀ Masukkan daging , kacau-kacau dan tutup kuali untuk 5 minit dengan api sederhana
❀ Masuk santan , terung pipit dan biarkan mendidih ❀ Teruskan merenih selama 25 minit lagi
❀ Masuk capsicum , daun selasih , gula perang , jus limau , garam / sos nampla secukup rasa
❀ Renihkan lagi 3 minit , dan hiaskan dengan daun selasih lagi
❀ Hidangkan panas bersama nasi
DAGING OPOR HIJAU (SY GANTI AYAM)
resepi asal : Chef Wan
Sumber 1 : IzaAkma SSK
Sumber 2 : inahar's cooking time
BAHAN A :
1/2 ekor ayam - potong sederhana kecil
500 ml Santan
125 gm Terung Pipit (tak letak)
3 tangkai Daun Selasih
1 biji Capsicum , buang biji & hiris (cili merah)
125 ml Minyak
Gula Melaka secukup rasa
Jus Limau Nipis (jus drp 1 biji)
Garam / Sos Nampla (anggaran 2sdm sos nampla)
BAHAN B (Pes Rempah Hijau) :
100 gm Cili Hijau (6 biji cili hijau + 10 biji cili padi hijau)
10 ulas Bawang Merah (1 labu bawang merah besar + 5 ulas bawang merah)
4 Akar Ketumbar
4 tangkai Daun Ketumbar (ambil daun + batang)
1 inci Halia
2 batang Serai
2 helai Daun Limau Purut
1 sdt Belacan
2 sdm Biji Ketumbar , disangai dahulu
2 sdm Biji Jintan Manis , disangai dahulu
1 sdm Biji Lada Putih
1 cwn air
BAHAN C (Hiasan) :
Cili Padi Merah / HijauDaun Selasih
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Satukan semua bahan B ke dalam pengisar & kisar halus
❀ Panaskan minyak dalam kuali
❀ Tumis pes rempah hijau hingga wangi
❀ Masukkan daging , kacau-kacau dan tutup kuali untuk 5 minit dengan api sederhana
❀ Masuk santan , terung pipit dan biarkan mendidih ❀ Teruskan merenih selama 25 minit lagi
❀ Masuk capsicum , daun selasih , gula perang , jus limau , garam / sos nampla secukup rasa
❀ Renihkan lagi 3 minit , dan hiaskan dengan daun selasih lagi
❀ Hidangkan panas bersama nasi
Wednesday, November 1, 2017
ASAM PEDAS IKAN KEMBONG
Assalamualaikum..hollaa!! Asam pedas ikan kembung ni menu tertunda ye kwn2..hehe! Kita masak minggu lepas..atas permintaan Kak Ayin yg pulang bercuti weekend dari uitm shah alam. Alhamdulillah mmg sedap resipi CMG ni. Cukup pekat, rasa masam masin nye. Macehh Mat berkongsi resipi yg enak banget ni! Jom kita zaass resipi best ni yok!
Resipi Asam Pedas Ikan Kembung
Resipi asal : CMGSumber : inahar's cooking time
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 ekor ikan kembong @ mabong, bersaiz besar
1 biji terung biru, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan
1 biji tomato, belah 4
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris
3/4 camca teh lada hitam biji
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.Masukkan bunga kantan, daun kesom dan ikan, masak dengan api sederhana. Tambah terung (toskan) dan biar terung lembut sedikit. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.