Thursday, May 12, 2016

SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS



SPAGHETI GORENG TUNA PEDAS sumber - inahar's cooking time Bahan2: 500mg spagheti- direbus 2 tin tuna (perisa pedas cap ayam) cendawan butang segar secukupnya (boleh guna cendawan dlm tin juga)- potong nipis 2 biji bawang besar- potong dadu 5 biji bawang putih - cincang halus 2 biji tomato- cincang kasar 1/2 suduteh herba itali (mixed herbs) 5-10 biji cili padi (ikut suka) - cincang halus 1 sudubesar serbuk ladahitam daun ketumbar secukupnya minyak/butter utk menumis sedikit parutan keju parmesan garam & perisa secukupnya Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Masuk bawang putih, tumis hinga keperangan. Masukkan cendawan bersama cili padi dan tumis lagi sebentar. Tambah tuna beserta tomato cincang dan masak seketika. Masukkan garam, perisa, serbuk ladahitam juga herba itali dan gaul rata. Setelah itu masukkan pasta, daun ketumbar dan gaul rata. Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak secukupnya. Tabur keju parmesan di atasnya dan hidangkan. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Assalamualaikum semua! Jom kita berpasta pulak..kali ni Pn Doc goreng spagheti bersama ikan sardin tin cap ayam tu. Menu yang sangat ringkas tapi amat sedap dan digemari semua ahli keluarga. Cer try..cer try ye uollss! Memang tidak menghampakan dan berbaloi-baloi kesedapannye..hehe! Jom zaas resipi yokk!

RESIPI SPAGHETI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
5-10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang

Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!


11 comments:

  1. sedapnya doc ina..tambah bila nampak cili api sebji sebiji tu sedapnya kalau tergigit

    ReplyDelete
  2. Acik erna..iyela kan kak! anak2 kita semua suker pedas..mmg berpeloh2 jawabnya. hihii!

    ReplyDelete
  3. tak pernah masak dgn sardin...boleh cuba ni
    tq bagi resepi

    ReplyDelete
  4. Haslinda lynn..iye mmg sedap insyaallah! cuba la resipi ni ye!

    ReplyDelete
  5. Aduus Puan Doc... sardin pilihan saya juga tu....nyummm nyummm sedapnya makan spaghetti pedas2 cili padi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie..mmg sedap kan. Sardin ni sgt versatile sebenarnye..hehe!

      Delete
  6. Italian n french masak pasta guna sardine..sayer berdau dan mcm mcm. Macam kita buat all kind of rice ..

    ReplyDelete
  7. Nina..salam ramadhan wat nina gak ye. Moga sihat sejahtera selalu..insyaallah

    ReplyDelete
  8. Nieldelia Florist & Gifts is an cheapest online florist based in KL where we offers professionally designed flower arrangements and gift baskets for all occasions paired with outstanding customer service.

    ReplyDelete