Wednesday, January 13, 2016

AYAM MASAK BALI

Assalamualaikum semua! Hollaaaaa..lama kita tak bersiaran kan. Okay arini kita tayang ayam masak bali yg dimasak semalam. Resipi ni sgt la popular dikalangan geng2 blogger masakan kan tp Pn Doc baru jer nak menerai resipinye..hehe! Resipi yg sempoi dan sedap banget! Mekaseh kt Yatie..akak cnp dari dapur yatie ye.. resipi asal oleh Amir dari dapur Oh Malaysia. Thanx to both..muuuaahs!

RESIPI AYAM MASAK BALI
resipi asal - Oh Malaysia
sumber 1  - Yatie memories
sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di ptng 12, cuci dan toskan


  • 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecik jintan kasar
  • 3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
  • Kicap pekat- saya letak 3 sudu besar
  • Cili kering- saya guna 1 cwn cili kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Asam keping-saya guna 1 kpng
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
Cara-cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

6 comments:

  1. Hello admin. I dh try dh recepi u. Mmg menjadi and sedap. Anak2 pun suka. thx ya for sharing. Anyway, kalau free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Turun Berat Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh cuba resipi diblog ini. Nnti sy singgah ke blog sis aisyah pulak ye!

      Delete
  2. Thankz for the recipe. Jom dapatkan kaftan, dreess, instant shawl kat www.myproductdeal.com

    ReplyDelete
  3. Thankz for the recipe. Jom dapatkan kaftan, dreess, instant shawl kat www.myproductdeal.com

    ReplyDelete