Saturday, March 8, 2014
BEEF FRIED MACARONI
Assalamualaikum..ni menu semalam..Pn Doc kembali berpasta. Kebetulan beras habis di rumah..so sementara stok makaroni masih bersisa setengah paket lagi kat dapur tuh..jadila menu sgt sempoi tapi disukai ramai ini..kita goreng makaroni tu ala aglio olio sikit..memang sedap! so meh la kita zaas resipi yg sonang nih..
RESIPI BEEF FRIED MACARONI
resipi - inahar's cooking time
BAHAN2:
200 gm macaroni yg telah dicelur
2-3 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 ulas bawang putih- diracik halus
daging dipotong kecil @ minced meat secukupnyer
Button mushroom (ikut suka)
mixed vege secukupnye
tomato potong @ ceri tomato
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi
serbuk lada hitam ikut suka
garam secukup rasa
perisa
chilli flakes utk ditabur masa menghidang
Cara:Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk daging. Setelah daging masak, masukkan pula mixed vege dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan macaroni dan kacau. Garam secukup rasa, tomato, cili padi, oregano , daun parsley, serbuk lada hitam dan perisa.Sekiranya pasta nampak kering, boleh ditambah air sedikit. Taburkan sedikit chilli flakes diatas pasta semasa menghidang!
Thursday, March 6, 2014
KEK BATIK COKLAT
Kek Batik Coklat
resipi asal - milla@myR
sumber 1 - Hasue
sumber 2 - inahar's cooking time
Bahan-bahan ( 1 kg )
* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya
Cara-cara
- Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
- Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
- Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
- Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
- Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
- Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
- Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
- Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...