Thursday, December 9, 2010

AYAM MASAK MADRAS


Yuhuuu..menu ayam lagik...jgn mare..sbb itu jek yg ada lam peties..hehe! lagipun anak2 suker. resipi ayam madras nih dh pernah wat dulu kt sini. memang sedap..resipi amik dr dapur dayangjack. takper arini akak cnp balik kt sini...thnx ye DJ for sharing!! lebiuuu..

RESIPI AYAM MADRAS

bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam
  • 100 g ubi kentang (dipotong wedges)
  • 10 g bawang putih (dihiris halus)
  • 20 g bawang merah (dihiris halus)
  • 15 g halia (dihiris)
  • 4 sb minyak sapi
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 5 sb rempah kari daging
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 biji jus limau nipis
  • 4 biji buah keras (rendam dan kisar)
  • 1 cawan yogurt ( DJ guna 3/4 cawan buttermilk)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair (DJ guna 1/2 cawan shj)
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 tangkai daun kari (DJ added)
  • garam dan gula secukup rasa
  • bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis
Cara-cara :
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.

6 comments:

  1. ayo yo Madras mari ka..hehe boleh cuba ni..asalkan ayam anak anak pasti suka.

    ReplyDelete
  2. K.ina,

    jauhnya pegi masak hari ni, sampai ke madras? :D

    ReplyDelete
  3. Salam Ina,
    hai asyik ayam je. Ni dah terjangkit dari rumah akak ke? Akak ni rasanya sampai tengok ayam tu pun rasa pening, tapi anak2 tak bosan2, asyik nak ayam je.

    ReplyDelete
  4. salam dr.ina..harus buat esok ni..sedap ke dr.

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    smlm ayam berempah..hari ayam ti dh sampai madras..
    semagkuk kak buat dinner..i loikee

    ReplyDelete
  6. cikmanggis..besela cm..lauk plg senang laku semestinye ayam..conpem licin..hehe!

    shidah..haha..berasngan jek memasak kt madras..kihkih!

    k.aidah..lauk ayam mmg conpem laku kan!hehe

    kakerna..mmg sedap terasa rempah ratusnye..nnti akak try ye!

    faradean..ayam madras dh tinggal tulang jek..huhuuu!

    ReplyDelete