Sunday, May 16, 2010
KARIPAP @ EPOK-EPOK DAGING
Ni lak karipap daging..goreng pagi tadi! resipi sendirik je..
RESIPI KARIPAP DAGING
Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye
Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.
Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.
Salam kak Ina..pekabar kak?? D dtg nk tuntut karipap nie..ade lg x?? hehehe
ReplyDeletealamak..teringin nak makan epok epok ni...lama tak buat..jap nak nengok ada bahan tak...sedapnya inahar!!!
ReplyDeletenakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
ReplyDeleteemmmm nampak best sangat......nakkkkk sket!
ReplyDeleteD..wsalam..akak sihat alhamdulillah! sowi karipap tinggal inti jek extra lam peties tuh..hehe!!
ReplyDeletecikmanggis..wat sendirik mesti ler sedap & puashatikan CM!
honey..alamak dh abiss sudaaaaaa!!hehe..
kd-garden..alaa dh abih..tinggal inti extra jek!! nnti cubala resipi akak nih ye!
Salam Ina,
ReplyDeletekalau kat pantai timur ni karipap rupa tu they all panggil temosa, tapi selalunya inti ikan macam serunding ikan tu, tapi anak2 kurang minat, karipap biasa lagi best kata mereka
comelnya karipap ni, mintak 2 boleh? :)
ReplyDeletesalam kak ina...yum yum sedapnya karipap tu...memang fav ima,hari2 karipap pun tak pe,dulu pernah sekali cuba buat karipap sendiri...tapi sayang tak menjadi...sampai sekarang tak pernah cuba lagi...huhuhu
ReplyDeletesalam ina sayangggg!! rindu banget ni.sama kamu hehehe. Aduhhhh....sedapnya kena karipap petang2 ni. ct suka makan, tapi x gemar nak kelim2 hehehe. tapi kalau dah nak makan sangat, kenalah merajinkan diri gak.
ReplyDeletect harap ina sihat2 selalu ya...miss you dear *hugs*
aidah..haahler..kt johor pun karipap bulat nih kitorang panggil tembosa!tp inti cam bese jek!mmg feveret tul karipap nih!
ReplyDeletehungrytummies..sowi dh abih dah..hehe!!
ima..nnti ima tryla resipi akak nih lak!mana tau jadi kan..hehe!!
ct..kita pung windu gaakkss!! insyaallah kita sihat sokmo..sekali sekala mengelim boleh la kaann..!!
k.ina,
ReplyDeleteur karipak nampak sgt crispy.. buat sy bersemangat nak buat je!
dhill..cepat wat sementara tgh bersemangat tuh..hehe!!
ReplyDelete