Wednesday, August 28, 2019

LONTONG JOHOR YANG ENAK..


Assalamualaikum..baru berkesempatan utk updet menu lontong ni yang dimasak pada hari raya aidil adha yang lalu. Ini adalah  masakan oleh adik saya di rumah bonda. Alhamdulillah mendapat sambutan ramai sebab kami dah lama tak masak lontong homemade nih. Memang puashati  la.. Jom kita zaas resepi yg mudah ni..

RESEPI LONTONG JOHOR

sumber- inahar's cooking time

5 tangkai kacang panjang. hiris serong

1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah saiz kecik, hiris nipis
2 keping tauhu, dipotong kiub
2 keping tempe berbungkus daun, dipotong kiub
1 biji terung ungu saiz sederhana, dipotong kiub dan rendam
Tauhu kering @ fucuk selebar 2 tapak tangan, dipotong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 biji sengkuang saiz kecil, kupas dan potong kecil, rendam
sedikit soo hoon, cuci dan kerat pendek
1/4 bahagian kubis bulat, hiris kecil, cuci dan toskan
Santan secukupnya - saya guna santan peket segera
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa (optional)
Air panas jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

7-8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras, hiris
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan

BAHAN-BAHAN LONTONG :-)

Lontong daun pisang secukupnya (boleh guna nasi impit atau ketupat)
Telur rebus secukupnya
Sambal tumis (atau sambal kacang)
Serunding kelapa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LODEH :- Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Tuang santan , kacau dan biarkan mendidih. Masukkan bahan2 yang keras dahulu seperti lobak merah, kentang, sengkuang, tempe dan tauhu kering (toskan dulu airnya). Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi lembut sedikit.
  2. Tambah kacang panjang, kobis, terung (toskan airnya) dan kacau rata. Biarkan menggelegak, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air panas. Masukkan soo hoon yang dikerat pendek tadi. Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana sambil dikacau perlahan. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  3. UNTUK MENGHIDANG LONTONG :- Potong lontong pada saiz kecil dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang secukupnya kuah lodeh bersama2 isinya sekali. Taruk telur rebus, serunding kelapa dan sambal tumis. Boleh hidangkan. Biasanya di Johor, lontong dihidangkan sebagai sarapan pagi....Selamat mencuba!!..

Tuesday, August 27, 2019

NASI MINYAK SEMPOI

Assalamualaikum..arini baru berkesempatan nak kongsi menu weekend lepas iaitu nasi minyak sempoi diganding bersama ayam goreng,  sambal telur rebus dan salad jer. Okayla kan..kenyang kami anak beranak..hihi. Alhamdulillah..resepi nasi minyak ni dah selalu kita kongsi tapi takper kita cnp lagi bagi mudah semua pengunjung ye..

RESIPI NASI MINYAK SEMPOI
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 15 minit.
5 cawan air 
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam 
2 helai daun pandan 
pewarna kuning - saya tak letak

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang 
1/2 biji bawang besar - mayang 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, susu, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak dalam ricecooker spt biasa. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan pewarna kuning (kita tak letak pewarna pun). Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

Saturday, August 24, 2019

KARIPAP SARDIN

Assalamualaikum..jom minum petang yok sambil layan karipap sardin pepanas nih..nyum..nyum nyum! Alhamdulillah. Jom zaas resipi..entry lama epok epok sardin kt sini ye.

RESIPI KARIPAP SARDIN
Sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih - parut halus
2 biji lada merah/hijau - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 tin sardin (cap ayam) - racikkan isi ikan
minyak untuk menumis
garam
Aiir perahan limau/asam jawa secukupnya
perisa (optional)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu, bawang putih, lada merah dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tumis garing . Masukkan pula isi ikan sardin beserta 2-3 sudu besar sos sardin dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan air asam, garam dan perisa. Kacau rata dan biarkan masak sebentar. Sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, August 21, 2019

CEMPEDAK GORENG RANGUP


Assalamualaikum semua..bertemu kembali Pn Doc yang begitu lama menyepi.hehe! Moga semua kita dikurniakan kesihatan yg baik juga rezeki yang melimpah ruah..Aamiinn. Sorry la dah lama tak menjenguk dapur cyberku ini sampai dah hampir lupa password dah..alahai! Ok memandangkan sekarang tengah musim buah  cempedak jadi moh ler kita melayan cempedak goreng rangup yg sedap ni wehh..gumuks2 ulas cempedak tu. Memang puashati mamam..Alhamdulillah. Jom kita zaas resepi sempoi ni..

Resipi cempedak goreng rangup
sumber - inahar's cooking time

Bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar minyak
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil air kapur 
Air secukupnya

Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan. Goreng cempedak dengan minyak yang banyak dan cukup panas. Siap!