Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua! Wah dah masuk hari ke 12 berpuasa ye.. Amboii lama sangat Pn Doc berhibernasi kan..hihi! Macam2 kisah yang berlaku, sibuk dengan anakanda Sri yang menjalani pembedahan tulang belakangnye pada 18 april serentak dgn itu.. adinda syafiq pula dimasukkan ke hospital sebab diserang denggi berdarah. Tak habis di situ, Ayahanda saya pula jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital minggu lalu dan baru saja discaj petang semalam. So begitu la kisahnye.. Sekarang ni pun kena sentiasa monitor keadaan anakanda Sri selepas pembedahan kerana dia perlu betul2 berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu pemulihan tulang belakangnye. Doc pakar kata Sri kena berehat sehingga setahun sebelum boleh aktif kembali. Doakan anakanda Sri dapat menyambung pelajarannye kembali pada tahun hadapan ye..InsyaAllah Aamiinn Yra! Jadi hari ni kita nak kongsi resepi kuih kaswi pandan yg dibuat pada awal menyambut puasa aritu..sangat sedap, kenyal2 gitew dan sedang2 manisnye. Memang puashati la dengan kejadiannye..so jom kita zaass resepi yok!
RESEPI KUIH KASWI PANDAN
resipi asal - myresepi
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(5-10helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam- kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan,kacau sebati dan tidak berketul.Tapis
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit
Sejukkan.Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi