Friday, April 6, 2018

CRUNCHY ALMOND CARAMEL

Assalamualaikum.. Finally berjaya membuat biskut florentine aka crunchy almond caramel ni. Mudah sangat membuatnya rupanya Alhamdulillah sekejapan jer mengunyah dah tinggal suku balang jer..hihii! So jom semak resipi yok!

Resepi Crunchy Almond Caramel
Sumber 1 - kuali hangus
Sumber 2 - inahar's cooking time

Bahan-Bahannya:-
200 gm tepung Florenta / Bienetta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam/hijau
20 gm bijan hitam


Cara Membuatnya:- Badam dan kuaci di bakar terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas & Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek (non stick baking paper).
Panaskan oven pada suhu 160C. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan NIPIS.
Bakar dalam oven selama 10 minit. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udar

Monday, April 2, 2018

EPOK-EPOK SARDIN

Assalamualaikum..hollaa! Ni epok-epok sardin yang dibuat minggu lepas..alhamdulillah elok kejadiannye walaupun rupa kelimku itu tak berapa nak cantik..hihi! Sekali sekala mamam karipap homemade memang sedap..Alhamdulillah! Jom kita semak resipi yok!

RESIPI EPOK-EPOK SARDIN
Sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih - parut halus
2 biji lada merah/hijau - hiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 tin sardin (cap ayam) - racikkan isi ikan
minyak untuk menumis
garam
Aiir perahan limau/asam jawa secukupnya
perisa (optional)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu, bawang putih, lada merah dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar tumis garing . Masukkan pula isi ikan sardin beserta 2-3 sudu besar sos sardin dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan air asam, garam dan perisa. Kacau rata dan biarkan masak sebentar. Sejukkan sebelum digunakan.