Thursday, January 25, 2018

NASI KABSA AYAM

Assalamualaikum..dah lama tak makan nasi arab homemade. Jadi minggu lepas merajinkan diri memasak nasi khabsa ayam panggang. Alhamdulillah..kenyang kami anak beranak mamam nasi arab siang dan malam tu..hihi! Jom zaass resipinye yok!


ROASTED CHICKENKHABSA RICE
resipi asal - hafidz fcu
sumber - inahar's cooking time

BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu besar rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf
1 kiub ayam knor
garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN UNTUK REMPAH KABSAH HOMEMADE
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu  besar cengkih
2 sudu  besar buah pelaga
2 sudu  besar lada hitam
2  bi ji buah keras


Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara.



CARA MEMBUAT AYAM KABSAH
1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas, bay leaf, kiub ayam dan 2 sudu rempah kabsah.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab.
6. Lumurkan ayam dengan 2 sudu rempah kabsah, bahan kisaran kedua (1 bawang besar,  3 ulas bawang putih, 11/2 inci halia- bahan kisar ni kita tak letak) ,kunyit, garam, gula dan 2 sudu sos tiram. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada ayam yang tengah dimasak di dalam oven. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan keras selepas di masukkan ke dalam oven.

BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
41/2 cawan air stok ayam (yg direbus tadi)
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga,
5 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar- hiris dadu
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
2-3 biji lada hijau/merah- potong separuh
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)


1. Beras direndam bersama  garam selama 30 minit kemudian toskan.
2. Tumiskan buah pelaga,kayu manis,bunga lawang, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bawang, halia, lada  dan tumiskan hingga wangi.
4. 41/2 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2
6.Tutup api apabila nasi  masak.


Acar timun tomato 
timun - potong dadu nipis  
tomato - potong dadu kecil  
bawang besar- potong nipis  
cili merah/hijau - potong halus  
cuka garam gula 
Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
 
SOS SALATA HARA
sumber- wana 

( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.

1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula



Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

Saturday, January 13, 2018

Ikan Talapia Goreng Berlado

Assalamualaikum..baru nak updet menu ikan talapia goreng berlado yang dibuat minggu lalu. Menu ringkas tapi menjadi feveret mrhubby..huhu! Lagi podeh lagi power katanye..hihi! Mai ler kita zaass resipi ye..

RESIPI IKAN TALAPIA GORENG BERLADO
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia sederhana besar- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa@limau nipis. Potong ikut suka. Kemudian lumur garam kunyit dan goreng garing.
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji tomato- cincang dadu
garam & gula secukupnye
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis
Bahan kisar kasar
5-6 batang cili hidup merah/hijau
10-15 biji cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan- optional


Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Masukkan tomato cincang, air asam jawa juga garam gula. Tambah ikan yang telah digoreng tadi serta bawang besar yang di hiris bulat. Goreng hingga sambal agak pekat dan tutup api. Siap!


Tuesday, January 9, 2018

SPAGHETI BOLOGNESE

Assalamualaikum..Happy new year buat semua pengunjung blog inahar ye. Moga tahun baru ni memberi kita seribu rahmat dan rezeki yang lebih berlipat ganda untuk kita semua ye. InsyaAllah Aamiinn! Okay ler dah lama dapur maya Pn Doc ni tak berupdate jadi hari ini kita nak share menu spaheti bolognese yang dimasak minggu lepas. Dah lama tak berpasta..anak2 pun sibuk request nak makan pasta yang ibu masak..hihi! So jom kita zaas resipinyer ye..yok!!

RESIPI SPAGHETI BOLOGNESE
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 kg meatball-tambah jika suka (tak tambah sbb takda stok)
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege
1 tin cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn boleh!

Cara-cara
Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional)serta lada hitam.
Tambah garam, gula secukupnya.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan. Boleh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.