Assalamualaikum..arini kita nak share resipi kek marble lembut yang tengah fofular di kalangan food blogger masa kini! Ada macam2 variasi resipi yang kita boleh cari di google. Dalam bnyak resipi tu..resipi oleh Surianti kitchen yang paling menawan hati sebab nampak mudah jer cara pembuatan juga bahan2 yang digunakan. Resipi kita cnp di blog Syapex. Mekaseh buat Surianti juga Syapex yang telah berkongsi resipi yang sedap ni. Kejadian yang sangat soft dan gebuss! Jom zaass resipi yok..
Kek Marble Lembut ( loyang 8x8 )
Resipi asal : Surianti Kitchen
Sumber 1 - syapex kitchen
Sumber 2 - inahar's cooking time
Bahan A
150gm butter dicairkan ( timbang dulu baru cairkan )
Bahan B
5 biji telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula caster
1 sudu besar ovalet ( sudu metrik )
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Bahan lain
Pewarna / perisa kesukaan
Butter secukupnya untuk di sapu pada loyang
Kertas minyak
Cara penyediaan
Panaskan
oven terlebih dahulu, sapu loyang dengan butter dan alas dengan kertas
minyak. Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.Satukan bahan B,
pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu ( anggaran 7 minit
)Masukkan bahan A iaitu butter yang telah dicairkan. Kaup balik sehingga
sebati.Bahagikan kepada perisa atau pewarna kesukaan. Ambil adunan dan
lapiskan berselang seli pada loyang kek hingga selesai. Hentakkan loyang
kek sedkit supaya adunan kek sekata dalam loyang.Bakar hingga masak pad
suhu 160'C selama 45-50 minit ( bergantung pada suhu oven masing-masing
).Sejukkan diredai.
Thursday, September 21, 2017
Tuesday, September 19, 2017
PULUT KUNING SEDAP & MUDAH
Resipi pulut kuning versi mudah
Resepi asal - CMG
Sumber -inahar's cooking time
BAHAN - BAHANNYA :-)
1 kg pulut (che mat guna pulut susu)
1 1/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
900 - 1000 ml santan kelapa (dari sebiji kelapa)
1 camca teh penuh garam
1 camca teh minyak masak (che mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingg pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata (che mat rendam kurang lebih 4 jam).Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai (che mat guna loyang bulat berukuran 11 inci x 2 inci). Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam dan minyak ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut (kurang lebih 800 ml). Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Baki santan tadi, anda sudukan atas pulut (che mat guna kurang lebih 100 ml). Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Rasa dan jika ok anda boleh matikan api. Angat dari kukus dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau serunding....Selamat mencuba!!..