Saturday, March 18, 2017
TELUR MASAK LEMAK CILI API
Assalamualaikum..Hari ini Pn Doc ingin berkongsi lagi satu menu feveret anak2 yg sangat mudah dan sodap iaitu telur masak lomak cili api. Rasanya ramai yang tahu resipi sempoi ni kan..tapi takper kita nak kongsi juga resipinye untuk panduan semua. Jom zaass!!
Resipi telur masak lemak cili api
Resipi telur masak lemak cili api
Friday, March 17, 2017
AYAM MASAK BALI
Assalamualaikum semua! Ini adalah kali kedua Pn doc masak ayam masak bali nih. Kali ni menggunakan resipi yg sedikit berbeza dari iresepi.com kerana resipi ni tidak menggunakan rempah ratus jintan ketumbar segala..ia lebih sempoi sebenarnye.. Resipi sebelum ini boleh dilihat di sini ye. Apa2 pun dua2 resipi pun memang sedap. Jom kita zaass resipi ye!
Resipi ayam masak bali
Resipi asal - iresipi
Sumber - inahar's cooking time
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
serbuk kunyit
garam secukup rasa
8 batang serai, dititik
6 tangkai daun kari
1 senduk cili kisar
3 sudu besar kicap manis
minyak masak
gula melaka atau gula pasir
sedikit air
Bahan-bahan untuk kisar halus:
5 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10-12 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci belacan
Cara Penyediaan:
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan
ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau
perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan
lagi sedikit air.
Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Thursday, March 9, 2017
IKAN PATIN GORENG SAMBAL CILI API
Assalamualaikum..holla semua! Hari ini kita nak kongsi menu ikan patin pulak ye. Selalunye ramai orang yg suka ikan patin masak gulai tempoyak kan..tapi kali ni Pn Doc goreng ikan patin ni bagi garing kemudian watkan sambal cili api..memang sodap meletop! hihii.. Resipi sangat mudah..jom kita zaass!
RESIPI IKAN PATIN GORENG SAMBAL CILI API
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan
2 ekor ikan patin sederhana besar- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa@limau nipis. Potong sederhana besar kepingnye. Kemudian lumur garam kunyit dan goreng garing.
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji tomato- cincang dadu
garam & gula secukupnye
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis
Bahan kisar kasar
5-6 batang cili hidup merah/hijau
10-15 biji cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan- optional
Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Masukkan tomato cincang, air asam jawa juga garam gula. Tambah ikan yang telah digoreng tadi serta bawang besar yang di hiris bulat. Goreng hingga sambal agak pekat dan tutup api. Siap!
RESIPI IKAN PATIN GORENG SAMBAL CILI API
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan
2 ekor ikan patin sederhana besar- siang dan cuci bersih dengan air asam jawa@limau nipis. Potong sederhana besar kepingnye. Kemudian lumur garam kunyit dan goreng garing.
1 biji bawang besar- potong bulat
1 biji tomato- cincang dadu
garam & gula secukupnye
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis
Bahan kisar kasar
5-6 batang cili hidup merah/hijau
10-15 biji cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan- optional
Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak. Masukkan tomato cincang, air asam jawa juga garam gula. Tambah ikan yang telah digoreng tadi serta bawang besar yang di hiris bulat. Goreng hingga sambal agak pekat dan tutup api. Siap!