Tuesday, October 1, 2013

HEAVENLY CARROT CAKE


Assalamualaikum..taraaaa..ni la dia besday cake yg berjaya di buat sendiri oleh besday girlkan..heavenly carrot cake ni dh lama simpan resipi dari dapur matgebu tapi baru kali ni dapat menerai..huhu! buat kek pun dah belated sbb sebelumnye tak sempat nak celebrate..finally buat sendiri makan sendiri jek kt umah dgn anak2 dan suami..yg penting rasa kek ni mmg heaven laa..sesuwaii dgn namanye..mmg terbaekk! mekaceh mat berkongsi resipi kek yg marbeles ini..resipi asal dari kakida1001resipi..jom kita zaas resipi ye!

RESIPI HEAVENLY CARROT CAKE
resipi asal - kakida1001resepi
sumber 1 - CMG

BAHAN-BAHANNYA :-) (resipi mat ni utk separuh adunan tp pn doc wat 1 adunan)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..